Want your
own Fotopage?








 
shoot n snap

By: country outlaw

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jan-2009 12:26 Email | Share | Bookmark
Bantulah mereka.

Dapat dari cousin yg post kat friendster. akan diupdate lagi.

-----------

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Ana dapat & sampaikan dari saudara se-iman di egypt untuk kita semua.

Mesej dari Satu Umat:
Kini melakukan sebarang usaha/ kerja/ gerak untuk Palestin adalah FARDHU AIN ke atas semua individu Muslim. Apa jua usaha yang mampu kita lakukan walau sebesar kuman pun mesti dilakukan sekarang juga.

Yang mampu beri penerangan memberi penerangan.
Yang mampu menderma terus menderma.
Yang mampu ke Palestin terus ke Palestin.
Yang mampu menggugat ekonomi Israel dan sekutunya mesti menggugat.
Yang mampu berhujah terus memberikan hujah.

Satu yang pasti, KITA SEMUA paling kurang pun MAMPU BERDOA. Banyakkan doa sekarang juga.

"Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, Engkau patah-balikkanlah segala rancangan jahat mereka dan sekutu mereka kepada diri mereka sendiri dengan segera.
Datangkanlah tentera-tenteraMu ya Allah, yang pernah memusnahkan tentera bergajah Abrahah, yang pernah membakar dan mengambus kaum Lut, yang pernah menenggelamkan Firaun di Laut Merah, yang pernah mematahkan semangat musyrikin Quraisy dalam Perang Khandak, yang pernah melenyapkan kaum Nuh.
Datangkanlah segera ya Allah ke atas kaum Zionis dan sekutu-sekutu mereka.
Amin ya Allah."

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21).

“Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’."

wallahua'lam

segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

-----------




regards
hz

Takbir!!! Sat 10-Jan-2009 01:48
Posted by:MrJay
re : tq bro....

fungsi AQ sebagai petunjuk,penjelasan dan pembeza antara haq & bathil.......2:185
Tue 13-Jan-2009 07:07
Posted by:azrulsham | thePHOTOGRAPHER  - [Link]
Tue 13-Jan-2009 15:16
Posted by:bighafidz agmnhob@gmail.com  - [Link]
hari-hari baca paper..tengok berita..tengok keadaan mereka kat sana...buat aku nangis weyy....wuwuwu... Wed 14-Jan-2009 23:33
Posted by:cik zati.  - [Link]
aku kecewa tgk pemimpin kita yg lebih byk berdiam diri...
rakyat sdh mulakan pelbagai aktiviti demi gaza...
tp pemimpin senyap je...
memalukan...
Fri 16-Jan-2009 03:29
Posted by:si tukang buat sushi  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.